Kelahiran penulis Blog

Daisypath Anniversary tickers

Kasi Dia makan Sikit

nama saya Tern, just for a short ok. nama penuh western..sbb saya dulu suka makan makanan orang inggeris la katakan..hehe..tp di sahkan ada penyakit obesiti..so tak makan makanan tu lg..juz makan makanan berkhasiat saje iaitu hamster.. sebab western sekarang dah naik harga.. tuan saya ni terlampau jimat orangnya..kedekut punya tuan... selamat berkunjung ke blog tuan kedekut ye..:P hahaha..^_^

Tuesday, May 3, 2011

Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara: Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara: MAhukah kau menciumku?
Teruna: Ya! Dara: Sayangku....!

Sesudah 5 tahun perkahwinan....

Sila baca dari bawah keatas


suka ?? LIKE je di "thumbs up ^_^" k

Tuesday, April 26, 2011

Boleh saya......


Setiap blog ke blog yang saya lawati, Kebanyakan orang yang ingin menjadi seorang jurugambar terhebat. Ada yang ingin cita-citanya menjadi jurugambar tercapai satu hari nanti. Ada juga inginkan camera yang canggih di dunia seperti Nikon DSLR. Itu hanyalah pendapat masing-masing. Tetapi saya pula inginkan menjadi juru gambar dijadikan sebagai hobi saya sahaja. Kenapa tidak menjadi jurugambar ini sebagai cita-cita saya? Sebab saya sudah mempunyai cita-cita saya tersendiri. HEHE. :D


**SAY RRRRRR***


Contohnya, saya jadikan kucing saya sebagai model. Kenapa saya pilih kucing? Sebab saya dah tak tahu nak snap apa dah. HAHA. =D

suka ?? LIKE je di "thumbs up ^_^" k

Thursday, April 21, 2011

Siapa Saya?

Salam hormat salam muhibbah.
Untuk permualaan terima kasih kerana melawat blog yang tidak seberapa ini. Tak ada kata atau kalimat yang menggambarkan saya secara khusus. Saya adalah manusia biasa seperti kebanyakan orang menjalani hidup dengan rasa syukur dan mencoba bermimpi untuk kehidupan yang lebih baik dan berkah.
Oh ya.
Terlupa pulak untuk memperkenalkan diri.
Sedikit informasi mengenai diri saya. Nama saya ialah Azereen . Mesti ramai sudah ragu tentang status perkahwinan saya. Haha. Sebenarnya Saya belum pun berumahtangga. lalalala. Saya merupakan anak jati penang, tetapi sekarang menetap di Selangor.
Dan dilahirkan pada 13 february. Tahun ni saya sudah masuk 18 tahun dan terasa jugak la diri ku ini sudah tua kerana dari pangkat "remaja" telah bertukar ke pangkat "dewasa" haihh. Saya seorang gadis yang agak pemalu dan sopan santun. Aduhailah hati.
Kalau ada yang mahu menganggap saya 'Blur'…letaklah. Saya memang begitu orangnya.
Tapi saya mempunyai ‘jiwa yang besar’. Oleh sebab itu, saya tidak kesah dengan apa juga tafsiran orang lain. Yang saya tahu. saya tetap saya.

suka ?? LIKE je di "thumbs up ^_^" k

Monday, April 18, 2011

Bibik dan Telefon

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)
suka ?? LIKE je di "thumbs up ^_^" k

Monday, March 28, 2011

Monday, March 21, 2011

Perbezaan Antara Kawan Dengan Kekasih

Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH... MyEm0.Com
dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH...
ANDA tergolong dari yang mana...??? MyEm0.Com

hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati ...berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....

Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus dipilih..? MyEm0.Com
KAWAN pengubat kesunyian,
KEKASIH penyembuh kelukaan.

Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?
KAWAN tempat mengadu, MyEm0.Com
KEKASIH tempat bermadu.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak bisa disisih...
KAWAN menghulurkan bantuan
KEKASIH menghulurkan sokongan.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan...
KAWAN sekuntum senyuman,
KEKASIH sepenuh perhatian

Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu...? MyEm0.Com
KAWAN sejujur kata,
KEKASIH setulus setia
KEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman.. tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita

JIKA KAWAN itu KEKASIH...dan KEKASIH itu KAWAN...
perlu lah dihadiahkan "Sedalam lautan Setinggi kayangan" kerana "Kasih sayang tiada sempadan" tapi sayang... MyEm0.Com
KEKASIH tetap KEKASIH...
KAWAN tetap KAWAN...
perbezaannya terlalu ketara.. tapi keadaannya tetap sama..



suka ?? LIKE je di "thumbs up ^_^" k

Saturday, February 19, 2011

lelaki nakal VS lelaki baik mana lagi menarik perhatian wanita??

adakah ANDA tahu...

Kenakalan lelaki mencetuskan fantasi-fantasi nakal di fikiran wanita dan imej-imej menarik, dan ini akan merembeskan adrenaline ke tubuh mereka lantas menimbulkan perasaan teruja. Tidak kiralah samada fantasi nakal di fikiran wanita itu direalisasikan oleh si lelaki atau tidak, persepsi yang wujud itu lebih penting dari realiti. Semuanya bermula di minda! Oleh kerana itu wanita gemarkan lelaki kaya, lelaki kacak dan seterusnya lelaki nakal.

Persepsi 1: Lelaki nakal pandai mengurat dan tidak takut untuk mendekati wanita! Pendekatan mereka lebih berani dan jika ditolak sekali pun mereka cool sahaja. Sekurang-kurangnya mereka berani memberitahu dan si wanita itu pun sudah tahu yang mereka berminat. Yang lainnya terpulang kepada yang empunya diri. Sifat berani dan cool yang ada pada lelaki-lelaki nakal ini menggiurkan! Kalaupun mereka ini sebenarnya takut untuk approach wanita, persepsi wanita tentang lelaki nakal adalah sebaliknya.

Persepsi 2:
Temujanji atau dating dengan lelaki nakal tidak membosankan kerana mereka tahu cari aktiviti menarik dan luarbiasa untuk menghiburkan teman wanita. Itu pasallah mat rock atau mereka yang pandai main gitar selalu jalan dengan girlfriend. Kalau pun hanya pergi tengok wayang, tengok wayangnya lebih menarik berbanding lelaki poyo dan baik.

Persepsi 3: Lelaki nakal tidak terdesak. Mereka ini datangnya daripada golongan lelaki yang tidak menggelabah, tidak kecoh dan tidak berlagak, Semuanya sedap-sedap sederhana. Sifat lelaki yang begini mengghairahkan wanita.

Persepsi 4: Kenderaan lelaki nakal tidak biasa. Mana ada lelaki nakal naik kereta biasa-biasa, paling-paling pun tayar kena ada sport rim atau serba sedikit modifikasi. Kereta sedan yang biasa tidak diterima pakai oleh golongan ini. Takkan lelaki nakal hanya naik motor biasa. Kurang-kurang pun kena kapcaikan sikit motor. Barulah seksi, barulah awek mari!

Persepsi 5: Lelaki nakal selalunya pandai main alat muzik dan terdapat dua pendapat tentang mereka yang ini. Pertama, mereka pandai menggunakan tangan dan jari-jemari. Kedua, mereka pandai bermain dengan melodi untuk mencairkan hati. Wanita memang akan lemah dengan skill ini.

Persepsi 6: Lelaki nakal sering menjadi pilihan atau idaman ramai wanita! Sifat semulajadi wanita ialah suka membuat perempuan lain cemburu. Dan apabila wanita dapat bertemankan lelaki nakal, kadar cemburu wanita lain kepadanya meningkat berkali ganda. Kombinasi yang sempurna!

Persepsi 7: Mereka ini pandai bergaya. Secara amnya wanita suka bergaya dan jika digandingkan dengan pasangan yang bergaya, mereka akan kelihatan lebih bergaya. Dan sila kembali ke persepsi 6 yang akan menbuatkan wanita lebih gembira.

Atas sebab-sebab di ataslah kenapa ramai lelaki nak jadi rockers walaupun umur sudah melepasi had kelayakan dan kenapa wanita terliur dengan lelaki nak
al! Memanglah lelaki nakal atau bad boys ini bukan calon ideal untuk dijadikan suami tetapi idea untuk berpacaran dengan lelaki baik sudah membosankan, apalagi untuk mengalaminya.






suka ?? LIKE je di "thumbs up ^_^" k

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...