Kelahiran penulis Blog

Daisypath Anniversary tickers

Kasi Dia makan Sikit

nama saya Tern, just for a short ok. nama penuh western..sbb saya dulu suka makan makanan orang inggeris la katakan..hehe..tp di sahkan ada penyakit obesiti..so tak makan makanan tu lg..juz makan makanan berkhasiat saje iaitu hamster.. sebab western sekarang dah naik harga.. tuan saya ni terlampau jimat orangnya..kedekut punya tuan... selamat berkunjung ke blog tuan kedekut ye..:P hahaha..^_^

Saturday, February 19, 2011

lelaki nakal VS lelaki baik mana lagi menarik perhatian wanita??

adakah ANDA tahu...

Kenakalan lelaki mencetuskan fantasi-fantasi nakal di fikiran wanita dan imej-imej menarik, dan ini akan merembeskan adrenaline ke tubuh mereka lantas menimbulkan perasaan teruja. Tidak kiralah samada fantasi nakal di fikiran wanita itu direalisasikan oleh si lelaki atau tidak, persepsi yang wujud itu lebih penting dari realiti. Semuanya bermula di minda! Oleh kerana itu wanita gemarkan lelaki kaya, lelaki kacak dan seterusnya lelaki nakal.

Persepsi 1: Lelaki nakal pandai mengurat dan tidak takut untuk mendekati wanita! Pendekatan mereka lebih berani dan jika ditolak sekali pun mereka cool sahaja. Sekurang-kurangnya mereka berani memberitahu dan si wanita itu pun sudah tahu yang mereka berminat. Yang lainnya terpulang kepada yang empunya diri. Sifat berani dan cool yang ada pada lelaki-lelaki nakal ini menggiurkan! Kalaupun mereka ini sebenarnya takut untuk approach wanita, persepsi wanita tentang lelaki nakal adalah sebaliknya.

Persepsi 2:
Temujanji atau dating dengan lelaki nakal tidak membosankan kerana mereka tahu cari aktiviti menarik dan luarbiasa untuk menghiburkan teman wanita. Itu pasallah mat rock atau mereka yang pandai main gitar selalu jalan dengan girlfriend. Kalau pun hanya pergi tengok wayang, tengok wayangnya lebih menarik berbanding lelaki poyo dan baik.

Persepsi 3: Lelaki nakal tidak terdesak. Mereka ini datangnya daripada golongan lelaki yang tidak menggelabah, tidak kecoh dan tidak berlagak, Semuanya sedap-sedap sederhana. Sifat lelaki yang begini mengghairahkan wanita.

Persepsi 4: Kenderaan lelaki nakal tidak biasa. Mana ada lelaki nakal naik kereta biasa-biasa, paling-paling pun tayar kena ada sport rim atau serba sedikit modifikasi. Kereta sedan yang biasa tidak diterima pakai oleh golongan ini. Takkan lelaki nakal hanya naik motor biasa. Kurang-kurang pun kena kapcaikan sikit motor. Barulah seksi, barulah awek mari!

Persepsi 5: Lelaki nakal selalunya pandai main alat muzik dan terdapat dua pendapat tentang mereka yang ini. Pertama, mereka pandai menggunakan tangan dan jari-jemari. Kedua, mereka pandai bermain dengan melodi untuk mencairkan hati. Wanita memang akan lemah dengan skill ini.

Persepsi 6: Lelaki nakal sering menjadi pilihan atau idaman ramai wanita! Sifat semulajadi wanita ialah suka membuat perempuan lain cemburu. Dan apabila wanita dapat bertemankan lelaki nakal, kadar cemburu wanita lain kepadanya meningkat berkali ganda. Kombinasi yang sempurna!

Persepsi 7: Mereka ini pandai bergaya. Secara amnya wanita suka bergaya dan jika digandingkan dengan pasangan yang bergaya, mereka akan kelihatan lebih bergaya. Dan sila kembali ke persepsi 6 yang akan menbuatkan wanita lebih gembira.

Atas sebab-sebab di ataslah kenapa ramai lelaki nak jadi rockers walaupun umur sudah melepasi had kelayakan dan kenapa wanita terliur dengan lelaki nak
al! Memanglah lelaki nakal atau bad boys ini bukan calon ideal untuk dijadikan suami tetapi idea untuk berpacaran dengan lelaki baik sudah membosankan, apalagi untuk mengalaminya.






suka ?? LIKE je di "thumbs up ^_^" k

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...