Rindu selain kepada manusia boleh juga dikaitkan dengan rindu pada kenangan lalu, tempat, barang kesayangan dan sebagainya.. Kebiasaannya perasaan rindu akan datang apabila sesuatu itu hilang untuk jangkawaktu yang lama tapi ada juga insan-insan yang dalam era percintaan yang merindu walaupun beberapa saat berpisah.. HUhuhuhu.. Adakah anda seperti itu??
Perasaan rindu memberikan impak positif jika individu tersebut menjadikan perasaan rindu sebagai satu cabaran. Sebagai contoh jika seseorang itu rindu kepada kampung halaman beliau akan cuba sedaya upaya untuk pulang ke kampung halaman. Walaubagaimanapun perasaan rindu yang tidak terkawal mampu menyebabkan individu terbabit tidak mampu melaksanaka sesuatu tugas dengan baik..
Saya yakin anda semua biasa mengalami perasaan rindu terutamanya apabila anda bersendirian.. Bagi mengelakkan perasaan rindu saya mendapat beberapa tips ini :-
a) Jangan terlalu kerap menghubungi individu yang dirindui. Ini bagi mengurangkan tahap sayang terhadap individu terbabit..
b) Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti luar.. Dengan melakukan aktiviti luar sedikit sebanyak kerinduaan terhadap seseorang itu dapat dikurangkan.
c) Terdapat juga kes-kes mereka yang merindui orang yang telah pergi meninggalkan diri.. Kita seeloknya patut lebih realistik dengan kehidupan.. Cuba-cubalah mencari rakan-rakan yang baru bagi menggantikan yang telah pergi..
d) Bagi mereka yang belajar di luar negara sudah semestinya rindu pada kampung halaman menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan.. Banyak-banyakkan berjalan dan melihat dunia ciptaan ALlah yang luas ini.
e) Berdoa dan sentiasa ingat kepada Tuhan. Bagi yang beragama Islam amat-amatlah digalakkan untuk beribadat samada solat, membaca Al-QUran, berdoa dan sebagainya. Ini sudah semestinya cara yang efektik dan sentiasalah merinduiNya… AMIN..
f) Mencari hobi yang mampu mengisi kekosongan perasaan rindu.. Anda boleh mencuba banyak hobi seperti melukis, menulis, origami dan sebagainya..
Terjiwang plak hari ini.. =_="
No comments:
Post a Comment
comment-comment la ye. Terima kasih banyak-banyak :D